HOME PROFILE BLOGLIST LINKS FACEBOOK TWITTER

Persediaan Ke UiTM Vs MDS


Hi everyone ! Erk dah cuti sekolah kan , okay selamat bercuti adik-adik sekalian . Nikmati laa cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah . Tapi mesti ada tuisyen , betul dakk ? Tau dah , biasa dah ini . Aku faham semua nie . Huhuuu  
Back to entri okay , TAHNIAH buat adik-adik yang dah dapat sambung belajar . Alhamdulilah , buat laa keputusan dengan tepat . Istikarah penting tau  Walau di mana pun korang di'buang' , di'campak' terima lah dengan hati terbuka . Bersyukur laa , ada ramai lagi yang kat luar tuu belum dapat sambung belajar 

Entri nie khas untuk mereka yang akan mendaftar ke UiTM 2 Jun nie , eh betul ke dak ? U lain pun boleh buat rujukan jugak , sama je sebenarnya . Tapi part orientasi tuu , aku tak tau laa . Sebab aku cerita berdasarkan pengalaman aku kat UiTM Segamat. Adik-adik yang dapat kat UiTM Segamat tuu , tengok laa bakal kakak senior mu ini . Kahkahhh *Poyo je mu nie fyza  



 Barangan Asas Kehidupan Di Kampus

Haa , aku nak ingatkan korang jangan lupa bawa baju sekolah . Alaa baju sekolah warna putih , then dengan kain warna hitam . Baju nie akan diguna masa MDS a.k.a Minggu Destini Siswa . Korang guna je baju sekolah yang lama tuu , korang pakai pun sekali je masa MDS tu . Cakap berdasarkan pengalaman aku , tak tau kena bawa baju sekolah tuu . Tak pasal-pasal beli baru, last-last sekali je pakai  
Barang-barang yg lain korang boleh refer kat video tuu . *Abang haikal handsome , eh ? 

Okay, seterusnya persediaan minggu orientasi atau MDS . Minggu MDS nie bagi aku sangat-sangat mencabar hokay  Bangun pukul 3, 4 pagi tidur pukul 1, 2 pagi tengok keadaan laa . Sangat penat gua cakap luu ! Stress pun ada  . Aku bukan nak takut-takut kan adik-adik sekalian, tapi nak mintak korang sediakan mental dan fizikal yang baik . Penting , tak tipu ! Lagi-lagi mereka yg dapat kat Segamat , dengan keadaan geografi Kampus tuu . Ya ALLAH ! Tuhan je yang tahu . Eh korang jangan takut pulak , tak pasal-pasal korang tak pergi sambung belajar kang . Aku pulak dipersalahkan.  Sementara je semua nie , InsyALLAH korang boleh survived punya  . Nak tau lebih , tengok video nie haa . . .




Dah tengok ? Handsome tak abang haikal ? Ehhh  . Aku rasa tu je kott untuk korang , aku harap entri nie berguna pada mereka-mereka yang nak sambung belajar nanti . Harap korang faham, aku mention sekali lagi . JANGAN TAKUT , JANGAN SEGAN , JANGAN GABRA Sumpah korang mesti tak boleh lupa MDS nie , nie semua pengalaman korang . Pengalaman banyak mengajar kita kan ? Okay aku doakan adik-adik semua berjaya ok , perjalanan korang baru je nak bermula . Semoga Allah permudahkan segalanya , USAHA DOA TAWAKAL ! 



MDS UiTM J June 2012 (batch aku nie haaa , sumpahhh best !!!) 

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".