HOME PROFILE BLOGLIST LINKS FACEBOOK TWITTER

Bercakap Soal Jodoh !

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum . salam ceria semua ^____^ !

Hi awak-awak , hi kawan-kawan , hi sayang-sayang , pun boleh fyza :3 Maaf rasa lama sangat nie tak update , maklum lah . Subjek sem 3 nie agak mencabar sikit , hm :( InsyAllah fyza boleh !
Korang percaya pada jodoh ? Ye jodoh itu rahsia Allah . Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?

Sejak balik Segamat nie aku selalu mimpi orang-orang dah kahwin , orang dah dapat anak . Setiap situasi tuu mesti aku terlibat sekali . Apakah ini ? Siap mimpi Farid Kamil , Yana Samsudin , retis bagai . Hoo :o Ada jugak fikir aku ini dah tak sabar nak kahwin ke macam mana nie ? Ye naluri aku kuat mengatakan ,  yang aku dah siap dari segi mental dan fizikal untuk ke alam rumahtangga . Skema sangat tuu fyza ! Serious siapa yang taknak kahwin , taknak bernikah kan . Tapi aku lain sikit, setiap kali tengok orang kahwin aku akan nampak yang pasangan itu adalah kami. Adakah Allah telah membuka hati aku untuk terus ke alam rumahtangga . Ya Allah ! 


Ya Allah jika benar apa yang aku fikirkan dan jika benar apa yang naluri aku katakan , pertemukan aku dengan jodoh yang terbaik . Hanya Engkau yang mengetahui isi hati ini .

Kawan-kawan pun asyik cakap aku dah nak kahwin , ohhmeggi ! Korang doakan je okay jodoh aku sampai awal , boleh korang makan nasi minyak free . Ohh gituuu ! ^____^  Siapa lah jodoh aku tuu kan ? Hm, Ya Allah pertemukan lah kami Ya Allah ! Jika Mohamad Arif jodohku , satukan hati kami . Satukan hati kami dalam ikatan yang Engkau  redhai . Aamin =)
Haishh ! dah mula dah nak cari-cari doa yang sesuai . Ya Allah petanda apakah ini ? Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya.  Jika benar jodohku datang secepat ini akan aku redhai segalanya . Dan hanya padaMu aku meminta dan berserah.


Doa untuk dapat suami soleh:
"Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan"
( Ya Allah, kahwinkanlah daku dengan suami yang soleh ) .



Maaf jika entri ini ada menguris hati sesiapa. Saya hanyalah manusia biasa tidak terlepas dari sebarang dosa . Maaf atas penggunaan kata ganti nama AKU bagi yang sudah dewasa. 
Terima Kasih sudi baca . 
With ♥ FyzaLaa

Pentingnya Sijil SPM !


Bismillahirahmanirahim ,
Assalamualaikum , Salam semanis madu !

Hi semua , hi awak , hi sayang ? Alhamdulilah , lama gilerr aku tak taip entri ye dakk ? Huhuu ada yang rindu hamba ? Jangan mengharap boleh tak fyza ? Aku rindu nak berblogwalking !! Actually aku baru keluar hospital , wuwuuu ! Sedih okay , Alhamdulilah nasib takda apa-apa =') Last-last cuti sem laa badan nie haa nak sakit-sakit bagai , sengaja tak bagi aku tinggal kan rumah nie . Erk ? -.-


Intro dah panjang kemainn bedah oii ! Ok ok cuti sem pun dah sampai ke penghujung , 48 jam lagi kelas pun dah menjelang ! Eh macam menjelang hari raya pulakk -.- Tapi apesal jadual tak keluar nie , nie yang buat aku nak baling botol losyen kat depan lappy , Grrrr xD ! Jangan tanya kenapa aku tak datang kelas nanti , herherrrr >.< Ohhmaiii icress ! 


Berbalik pada niat sebenar nak taip entri , korang jangan bayangkan muka aku macam baby kat atas tuu . Buruk okay !! --' Pentingnya sijil SPM , bukan Sijil Perkahwinan Malaysia . Choiii ! Aku dah tension cari sijil SPM nie haa , fedup okay ! Sesungguhnya sijil itu amat-amat lahh penting , penat aku tawaf satu rumah nie haa . Rasanya rumah pun pening dah tengok aku asyik dok ulang alik jee . Huhuuu ! Elak aku nangis joget-joget kat depan rumah je nie haa -.- 



buntu okay ! :'( anyone yang tahu or pernah mengalami sijil SPM hilang nak buat macam mana . Cuba share sikit =') 
Mungkin nie entri last aku , nanti kalau ada masa aku taip entri lagi okay . Maklongg laa kalau dah dekat kolej nanti pandang blog pun sebelah mata jee . Gituuuu ! >.< 

Akan merindui mu sayangggg !
Fyza Laa 

Anak Kedua

Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum sahabat ^_^ !

Siapa kat sini anak kedua ? Angkat kaki angguk kan kepala . Haha Ok ok sepp sikit , kita geng ^o^ !
Sesaja je nak share kat sini , fakta-fakta ini memang 80% sama dengan diriku yang kerdil ini . Hohooo jom kita baca sesama .


ANAK MANJA EMAK apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu . 
Yesss ! haha , tapi bagi aku takda laa selalu diutamakan . Mak aku tak pernah pilih kasih , 
sayanggg Makkk ! 
ANAK DEGIL Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata semua dia saje yg betul dalam kemahuan dia. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Boleh di pujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
Betul ke nie ? aku degil sikit jee lahh >.< Tak mengaku lettew ! 
TAK PANDAI PUJUK memang anak no 2 nie dia tak pandai pujuk girlfriend or boyfriend dia. 
Hewheww , kesian kau Arif bakal bini tak pandai pujuk ! *Alololoo manja*
BERCINTA dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban. 
Alhamdulilah ! malu itteww cakap kite setia . Hahaa , nak berkorban tuu tak salah jangan sampai merosakkan diri sendiri . *senyum sampai telingaa*
HITAM / PUTIH Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.
Okay nie tipuu ! Akuuu tak macam nie laaa :'( Bagi aku kalau orang baik dengan aku , aku baik laa dengan orang tuu . 
HATI Anak no 2 ni juga nampak aje keras. Tapi hati dia lembut. SATU lagi perangai dia, tak boleh ditegur.
Maluuu lagi ittew ! luaran nampak saje macam aku kasar ye dakk , tapi dalam hati ada taman gituu ! Aku memang cepat terasa or sensitif kalau ada orang tegur . Kuat merajuk pun ye jugak. Kihkihhh ! 
BERDIKARI Very independent. Memang betul. tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul very take care.
Huiii ? Yeke ? Tak jugak , tengok keadaan semasa . Mudah bergaul ? TAKKK ! Aku pemalu laaa :'(
ARAHAN Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.
Huhhh ! Mana tauuu nie ?? Nasib laa siapa laki aku kann . Nasib baik cita-cita bukan PA ke apee , Haha !
PEMAAF & CARING tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.
YESS ! Aku mudah sangat maafkan orang , besar mana dosa orang tuu aku maafkan juga . Bagi aku biar ALLAH saja balas perbuatan dia orang ye dakk ? Kalau marah ? Jangan cakap laa , maluu tauuu !
PAKAIAN Nak semua up to date. Semua nak kemas.
Haha , takda laa up to date sangat sekadar mengikut kemampuan . Hohooo ! ^o^ 

Credit : Facebook !
With FyzaLaa 

7 Fakta Tentang Senyum


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
3. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
4. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan .
5. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung .
6. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit) .
7. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi .
Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

Kurangkan manis dalam minuman , lebihkan manis dalam senyuman =')
Credit : Pakar Cinta
Re-type : FyzaLaa 

Review Follower #360


Semalam 2 June 2013 , bermakna dah setahun aku sebagai pelajar di UiTM Johor . Ya ALLAH cepat masa berlalu , sedar-sedar aku semakin membesar . Membesar tang mana ? Uihhh , umur semakin meningkat , semakin tua , semakin dekat dengan ajal . Tuptupp kang aku dah habis belajar , dah kerja , dah kahwin . Eh ? ;) Allahuakhbar ! Berbalik tang entri okay , Alhamdulilah follower meningkat . Dari hari tuu dok terniat-niat nak review blog orang , tapi asyik url bebudak nie haa tak jumpa -.- Laa nie baru dapat ! Siapakah blogger bertuah itu ?? Ecewahh =') 

Thankyouuu for become my #360 followers ! ^_^

About her blog : Blog simple pimple , nice , cute macam tuan dia ! I loikeee :D But blog awak berat laa sayang , lambat loading ! Jangan marah ok , harap dapat ringankan blog awak =') Keep berblogging , good luck ^o^ 

Ok nak pergi register course sat ! Thankyouuu all'ss 


: Maaf atas penggunaan kata ganti nama AKU bagi yang lebih dewasa :

Review Novel : Kami Dah Kahwinlah !


KLIK SATU KALI !  KLIK DUA KALI ! Hi korang ! Lama aku tak update kan , asyik update segmen contest giveaway . Okay actually aku kekeringan idea nak update apa , Aduhh ! Aku tengok hari nie ramai gilerr update pasal Izzue kahwin kan , penuh FB , twitter . Haha relex brader brader relex , jangan sedih jangan kecewa . Kumbang bukan sekorr kan . Huhuu ^o^ Tahniah Izzue Islam ! Ehh tajuk entri ada kaitan ke dengan Izzue nie haa ? Kebetulan pulak =') 


Aku baca novel nie 2 bulan yang lepas . Masa tuu minggu study week , hohoo ! Orang study week baca buku , kau baca novel . Terbaik bro ! -.- Novel nie best hokay , besttttt :D Aku rasa dah lama novel nie kat pasaran . Jom baca sinopsis dia . 
“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah
Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.
Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?
Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua. SAMBUNG SINOPSIS KAT SINI ! 
 Dah lama baca novel nie , sampai dah lupa jalan cerita . Maklum lerr , sampai cuti sem pun dah nak habis ye dokk ? Hewheww , nanti nak baca balik laa ^^ Korang pun , moh lerr baca sesama novel nie . Sweet taw , Winksss ♥ 

Cuti dah nak habis bro ! Tolonggggg laaa bagi duatiga empat minggu lagi =( 



10 Blogger Comel di Malaysia



10 BLOGGER COMEL DI MALAYSIA

“Belajarlah untuk bersyukur dan menerima apa adanya pada diri kita kerana ia adalah ciptaan Tuhan untuk kita. Yang membezakan kita disisi Tuhan ialah darjah keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya.”

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA , SETIAP YANG ALLAH BAGI ADALAH ANUGERAH . SEMUA YANG DI DUNIA INI PASTI ADA KELEBIHAN DAN KELEMAHANNYA.