HOME PROFILE BLOGLIST LINKS FACEBOOK TWITTER

Bercakap Soal Jodoh !

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum . salam ceria semua ^____^ !

Hi awak-awak , hi kawan-kawan , hi sayang-sayang , pun boleh fyza :3 Maaf rasa lama sangat nie tak update , maklum lah . Subjek sem 3 nie agak mencabar sikit , hm :( InsyAllah fyza boleh !
Korang percaya pada jodoh ? Ye jodoh itu rahsia Allah . Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?

Sejak balik Segamat nie aku selalu mimpi orang-orang dah kahwin , orang dah dapat anak . Setiap situasi tuu mesti aku terlibat sekali . Apakah ini ? Siap mimpi Farid Kamil , Yana Samsudin , retis bagai . Hoo :o Ada jugak fikir aku ini dah tak sabar nak kahwin ke macam mana nie ? Ye naluri aku kuat mengatakan ,  yang aku dah siap dari segi mental dan fizikal untuk ke alam rumahtangga . Skema sangat tuu fyza ! Serious siapa yang taknak kahwin , taknak bernikah kan . Tapi aku lain sikit, setiap kali tengok orang kahwin aku akan nampak yang pasangan itu adalah kami. Adakah Allah telah membuka hati aku untuk terus ke alam rumahtangga . Ya Allah ! 


Ya Allah jika benar apa yang aku fikirkan dan jika benar apa yang naluri aku katakan , pertemukan aku dengan jodoh yang terbaik . Hanya Engkau yang mengetahui isi hati ini .

Kawan-kawan pun asyik cakap aku dah nak kahwin , ohhmeggi ! Korang doakan je okay jodoh aku sampai awal , boleh korang makan nasi minyak free . Ohh gituuu ! ^____^  Siapa lah jodoh aku tuu kan ? Hm, Ya Allah pertemukan lah kami Ya Allah ! Jika Mohamad Arif jodohku , satukan hati kami . Satukan hati kami dalam ikatan yang Engkau  redhai . Aamin =)
Haishh ! dah mula dah nak cari-cari doa yang sesuai . Ya Allah petanda apakah ini ? Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya.  Jika benar jodohku datang secepat ini akan aku redhai segalanya . Dan hanya padaMu aku meminta dan berserah.


Doa untuk dapat suami soleh:
"Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan"
( Ya Allah, kahwinkanlah daku dengan suami yang soleh ) .



Maaf jika entri ini ada menguris hati sesiapa. Saya hanyalah manusia biasa tidak terlepas dari sebarang dosa . Maaf atas penggunaan kata ganti nama AKU bagi yang sudah dewasa. 
Terima Kasih sudi baca . 
With ♥ FyzaLaa

2 123 commenterr !:

Mime MF berkata...

hehe senyum je bc entry ni...InsyaAllah...jodoh akan smp nt...doa byk²..

Wardah Alisya berkata...

Salam..insyaallah, masa dan waktu yang sesuai, sampai jodohnya. Jangan berhenti berdoa :)