HOME PROFILE BLOGLIST LINKS FACEBOOK TWITTER

End of 2015 !

Assalamualaikum, Hi !  
Jangan nak pelik sangat. Seketul hafiza memang suka kepam sampai masam blog dia --'' Hahahaaa. Busy sangat lettuww. Padahal busy online T_T .

Last update cerita pasal nak sambung degree. Laa ni tengah nak final exam. Nampak lah busy diaa tu. Hmm. Ni kalau ada suami, mahu enam bulan tak contact. Kahhh! Mampu ?


Alhamdulilah, kejap sangat rasanya. Tuptup nak final wey. Padahal masa nak habiskan ke hujung sem, rasa macam 600 tahun lamanya :( Ehh, bukan nak cecepat habiskan degree ke, baru boleh kahwin. Ekeke :P
Yelaaa. Memandangkan 2015 pun dah nak menutup tirai. Gituu ! Tahun baru nanti sambut dengan kertas-kertas exam. Itu je mampu T_T Baiklah seketul hafiza wishing awal-awal, takut hujung 2016 baru nak wish tahun baru -.-

2015 banyak kenangan manis dari pahitnya. Semoga terus istiqamah ! Takmau azam baru sangat, sebab azam 2010, 2009, 2008 pun tak tercapai inikan pula 2016 -.- . Muahahaaa. Azam tetap sama nak jadi manusia yang lagi baik untuk keluarga dan agama. In shaa Allah. Tak yang penting, 2016 aku nak kahwin. Tak kiraaaaaaaa. Kah ! Doakan yang terbaik. Aku doakan semua berjaya dunia akhirat dan sentiasa di bawah keredhaan Allah. Aamiin ! :)



Coming Soon DegreeLife.

Assalamualaikum ❤

Cepat sungguh waktu berlalu. Tetiba dah masuk September 2015. Rasa macam semalam post new year berlambak kat Facebook T.T

Hari tu, aku ada cerita yang aku dah tamat Diploma. Alhamdulilah tunggu konvo session :')
Dan hari tu result degree keluar, alhamdulilah aku dapat sambung degree uitm lagi. Memang aku target uitm je, Upu semua tak mohon :D

Degree in Business Administration Retailing Management :')

"Hafiza suka amek course pelik-pelik"
Aku memang jangka orang akan tanya soalan serupa nie. Yelaa tanya kawan tu course apa, International Business, Islamic Banking dan course-course yang agak glamer. Takda peliknya retailing a.k.a peruncitan. Haha. Ingat aku nak bukak kedai runcit ke -.- Kalau betul pun, alhamdulilah macam Zizan Mall tapi aku letak FizaKiutMiutMall. Ekekee. Kbai -.-

Sebab aku dah menkaji laa course nya, more to business. Memang aku minat business! Engkorang kalau nak tahu degree retailing nie macam mana search google, nanti pakcik jawab -.- Hahaa.

In shaa Allah sabtu nie 5/9/2015 pergi daftar di Puncak Alam. Hai luar negeri! Maklum la, sebelum nie studi masih dalam negeri sendiri, Johor. Nie dah ke negeri orang, over sedih tuuu lain macam :'( Moga boleh survive ! Pray for meeeee :')

Kbai. Assalamualaikum ❤

#throwback Johor Aku Datang!

Assalamualaikum ❤

Aku rasa macam tak terlambat lagi nak ucap
"Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Batin" dari hamba Allah yang malas sangat nak update belog --'
Hafiza, boleh wishing untuk Eiduladha sekali kot -.- (Dah nama pun throwback, lama bebeno kepam entry) 

Maaf lah, kata nak update selalu tapi haremmmm kejadah! Tenet takdak wey. Harapkan data, krikk krikk cepat je habis T_T. Mohon wifi free sekilo! 

Tajuk dah kenapa, bukan Hafiza duduk Joho ke? Muahaha. Ofcos Joho dihatiku ❤ Ekceli nie cerita aku dan dia. Ehemmm! First time si Apik datang Joho. 31Julai hari tu membe uitm nak nikah, so aku sesuka hati je menjemput dia. Kah! Saja jadikan driver aku. Centtuuuu. 

Alhamdulilah dia sampai pun Joho, pagi 31Julai, Jumaat naik bas. Sampai Muar sewa kereta. Dan petang tu kami pergi majlis membe aku. 

Dah jadi isteri pun kawan aku sorang. Officially wife! Tahniah dan selamat menempuhi alam rumah tangga Fatin Aqila dan Azri ❤


Nie kisah kami nak ambil berkat gituuu! Moga-moga ada sekelumit aura orang kawin sampai ke kami. Haha :P 


Bridemaids. Sayang koranggggg. Rinduuuu korang ❤

Dah kebetulan anthegeng dah kat Joho, kami pergi Pasir Gudang untuk buat clearance kat Uitm hari Ahad nye tu. Lagi sekali saja nak bawak dak Apik nie sebagai driver. Jangan marah nahhh! :P Sambil tu bawak dia pusing Jb. 

Kami gerak Jb, hari sabtu. Niat aku pergi awal nak bawak kakak yang duduk sana jalan-jalan. Alhamdulilah dapat pun keluar sesama. Adik ipar, kak ipar dan mak tiri. Ekeke. Tak jalan mana, pergi Aeon Tebrau, niat boleh laa tengok wayang ke. Tapi cerita "Suami Jatuh dari Langit" takde :( Hoho. Pusing-pusing, makan-makan je. Petang tu kita orang jalan Country Garden. Selpie selpie sambil berangan Pre-weeding. Hoho! :P 


With them. Kakak, Apik, Faris (kawan Apik), Ekin (mama tiri) Loveyouuu :*

Isnin baru kami gerak balik Muar. Lepas hantar maktiri naik bas. Babai anthegeng T_T Bakal merindui semua. Jumpa time konvo. Si dak Apik tu beli tiket balik Kedah, hari selasa. Niat dia duduk lama sikit sebab nak spent masa dengan aku. Hekkk sweetnyeeee :D 

Selasa pagi tu bawak dak Apik jalan Melaka. Dengan tujuan nak beli souviner untuk pemily dia. Bila dah dapat approved dari mak aku, baru pergi! Hekk. Tapi bila sampai melaka, kereta buat hal. Temperature naik mendadak gilaaa! Siap nak kena saman si dak Apik tu sebab lupa sitbelt. Cuakkk punya hal! Nasib selamat sebab aku kenyit mata. Ekeke. Tipuuuu!  Dalam kereta rosak tu sempat laa jugak kita pergi tengok wayang. Ekceli aku tak tau nak bawak pergi mana -.- Last-last pergi Dataran Pahlawan je, ingat ada la souviner. Tapi tak jumpa. Ingat balik nak singgah A'Famosa tapi sebab kereta cenggitu rupa tak jadi laaa singgah. Last-last souviner pun takde. Nasib laa aku ade beli penanda buku masa kat Popular kat Jb hari tu. Bagi laa pemily dia :) 

Itu je kot nak share. Yang lain biar jadi memori dalam kotak ingatan kami. Haha :p Last but not least....


Our maktiri. Thankyouuu ekin teman kita orang dating. In shaa Allah lepas nie kita travelling lagi tauu :* ❤


Sayang awak ❤ Terima kasih sebab datang Johor. Simpan duit segala, jumpa mak. Masuk meminang. Ekeke. In shaa Allah moga Allah permudahkan urusan kita :') 


"Save our moment, think about that how hard to make the memory" 

Bersua kembali 🌼

Assalamualaikum

Hampir dua tahun tak berblog, DUA TAHUN tahu. Last entry bulan July 2013. Nampak tak, aku busy mengalah apa entah. Teruk sungguh perangai -.-

Ya, hampir dua tahun macam-macam berlaku dalam hidup NUR HAFIZA ROHAYAZAT. Sedih, suka, gembira, patah hati semua ada. Nanti aku tuliskan kat bawah kalau rajin :3

Rasa macam nak aktif balik berblog, rindu nak menulis. Sikit-sikit update twitter, update moment wechat. Apa salah aku share kat blogkan. Khen! Lagi pun aku syok tengok blogger femes tulis cerita dorang. Asyik jadi silent reader ja ;) Esok-esok ada anak, ada cucu boleh tunjuk. "Nah nak, nah cuu boleh baca cerita nenek di blog -.- •﹏•

So, dua tahun banyak perkara berlaku, termasuklah:

1. Aku habis diploma. Alhamdulilah tengah tunggu tarikh konvo. Alhamdulilah Alhamdulilah ! Tak sangka wey, sebab dulu aku pernah gagal :( In shaa Allah, ada rezeki sambung degree. Amiin :)

2. Aku ada business online. Alhamdulilah hampir setahun. Memacam aku business ekceli. Dari sekecil benda alah, sampai ke beso-beso. Tapi sekarang, aku nak fokus business printing. Doakan ya :)

3. Dalam masa dua tahun tu, aku jumpa calon jodoh. HAHA alhamdulilah :P Dulu aku pernah story pasal Mr.Arif. Tapi, hoho dah dua tahun maka lupakan laa, bukan jodoh :) Nanti aku story pasal encik jodoh aku tu ye. In shaa Allah, kami akan bernikah ❤

Aku rasa, itu aja yang penting dalam hidup aku selama dua tahun. Banyak ekceli takkan aku nak taip satu-satu, kang muntah hijo korang -______-

Sila follow business aku: 
Instagram: @fnfprinting
Facebook page: FnF Printing

Jumpa entri akan datang!
Assalamualaikum