Hi everyone ! Erk dah cuti sekolah kan , okay selamat bercuti adik-adik sekalian . Nikmati laa cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah . Tapi mesti ada tuisyen , betul dakk ? Tau dah , biasa dah ini . Aku faham semua nie . Huhuuu
Back to entri okay , TAHNIAH buat adik-adik yang dah dapat sambung belajar . Alhamdulilah , buat laa keputusan dengan tepat . Istikarah penting tau Walau di mana pun korang di'buang' , di'campak' terima lah dengan hati terbuka . Bersyukur laa , ada ramai lagi yang kat luar tuu belum dapat sambung belajar
Entri nie khas untuk mereka yang akan mendaftar ke UiTM 2 Jun nie , eh betul ke dak ? U lain pun boleh buat rujukan jugak , sama je sebenarnya . Tapi part orientasi tuu , aku tak tau laa . Sebab aku cerita berdasarkan pengalaman aku kat UiTM Segamat. Adik-adik yang dapat kat UiTM Segamat tuu , tengok laa bakal kakak senior mu ini . Kahkahhh *Poyo je mu nie fyza
Barangan Asas Kehidupan Di Kampus
Haa , aku nak ingatkan korang jangan lupa bawa baju sekolah . Alaa baju sekolah warna putih , then dengan kain warna hitam . Baju nie akan diguna masa MDS a.k.a Minggu Destini Siswa . Korang guna je baju sekolah yang lama tuu , korang pakai pun sekali je masa MDS tu . Cakap berdasarkan pengalaman aku , tak tau kena bawa baju sekolah tuu . Tak pasal-pasal beli baru, last-last sekali je pakai
Barang-barang yg lain korang boleh refer kat video tuu . *Abang haikal handsome , eh ?
Okay, seterusnya persediaan minggu orientasi atau MDS . Minggu MDS nie bagi aku sangat-sangat mencabar hokay Bangun pukul 3, 4 pagi tidur pukul 1, 2 pagi tengok keadaan laa . Sangat penat gua cakap luu ! Stress pun ada . Aku bukan nak takut-takut kan adik-adik sekalian, tapi nak mintak korang sediakan mental dan fizikal yang baik . Penting , tak tipu ! Lagi-lagi mereka yg dapat kat Segamat , dengan keadaan geografi Kampus tuu . Ya ALLAH ! Tuhan je yang tahu . Eh korang jangan takut pulak , tak pasal-pasal korang tak pergi sambung belajar kang . Aku pulak dipersalahkan. Sementara je semua nie , InsyALLAH korang boleh survived punya . Nak tau lebih , tengok video nie haa . . .
Dah tengok ? Handsome tak abang haikal ? Ehhh . Aku rasa tu je kott untuk korang , aku harap entri nie berguna pada mereka-mereka yang nak sambung belajar nanti . Harap korang faham, aku mention sekali lagi . JANGAN TAKUT , JANGAN SEGAN , JANGAN GABRA Sumpah korang mesti tak boleh lupa MDS nie , nie semua pengalaman korang . Pengalaman banyak mengajar kita kan ? Okay aku doakan adik-adik semua berjaya ok , perjalanan korang baru je nak bermula . Semoga Allah permudahkan segalanya , USAHA DOA TAWAKAL !
MDS UiTM J June 2012 (batch aku nie haaa , sumpahhh best !!!)
Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".
4 123 commenterr !:
wahhh..entry khas daripada senior ..hehe
untuk adik2 yg bakal masuk u. sy dh penah rasa.. huhu.. even masa tu rasa pahitnya mds. tapi bila dikenang balik skrang ni. manis rasanya. hehe
@farah.fauzikihkihh ^^ . senior baik hati gituuu . *perasan >.<
@Busyra Bt Takiyudinhaha ! kan kan , indahnya bila dikenang :)
Catat Ulasan