HOME PROFILE BLOGLIST LINKS FACEBOOK TWITTER

Fact About Me !

Bismillahirahmahirahim .
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 20 Ramadan ^___^ !

Bertemankan lagu-lagu raya yang makin rancak dekat corong radio, yang makin kuat di shopping mall terdekat dan mood balik kampung makin membuak-buak. Ohh lupaa minggu nie jugak terpaksa menghadap test Statistik ! Seronok nyeeee ~ #Student#Life. Macam dah lama tak hupdate? Busy k busy. 


Ok, actually nie tajuk entri untuk blog BEL. Oleh disebabkan aku dok tertonggeng sana, tergaru sini, terkentut situ -.- sebab takda idea! Idea dah cuti raya dulu kott, mungkin! -.- So aku buat la FACT ABOUT ME nie dalam versi melayu. Penat dah aku termenung depan cermin, dok pusing satu kolej fikir pasal diri sendiri. Ok itu tipu k! Pasal diri sendiri je, Sir belum suruh cerita pasal buayafriend ke? Hooo ^o^ 

First, aku seorang yang kidal ! Yeahh , bukan Man Kidal -.- Semua adik beradik aku kidal dan kami tak tau laa ikut gene siapa kan . Mama tak kidal , arwah ayah pun tak kidal. Huhu ciptaan Allah :) Apa yang penting orang kidal nie pelik sikit , ehh ? Ramai cakap orang yang kidal nie dia banyak guna otak bahagian kanan, suka kira-kira. Betul ke ? Aku rasa betul laa kot, sebab aku paling tak suka plus menyampah tahap $%^&*!@ bila subjek membaca lagi-lagi English. Pheww ! Rasa nak chicken dance je masa study week -.- Tapi bila part mengira, laju kemain. Tekan kalkulator 'ketak ketuk ketak ketuk' macam nak tercabut button tuu :3 Yess ! this is me >.< 

Aku phobia dengan hospital. Ini pelik! Jarang dengar gituww. Hihi , nak tau kenapa aku phobia sesangat dengan hospital. Meh sini aku cerita sikit , tapi janji jangan nangis tauu! *Tunjuk tapak tangan cepat* -.- Dulu takda la aku phobia dengan hospital nie, tapi lepas adik aku meninggal 2 tahun yang lepas aku terus phobia dengan hospital. Yelaa, dari arwah adik sakit sampai nak di kebumikan semua jadi depan mata. Dekat setengah tahun arwah ulang alik hospital , JB-Muar . ICU CCU semua pernah arwah duduk, sampai nurse kat wad kanak-kanak tuu dah kenal. Hm :'( Setiap arwah duduk hospital tu laa aku ulang alik jugak sebab nak jumpa and rinduu kat mama sebab mama yang jaga arwah. Kira macam hospital tuu rumah keluarga kami. Sampai lah 17 Januari 2012 pukul 12.30 tengah hari arwah menghembuskan nafas terakhir , aku terkilan sebab aku takda masa saat terakhir tuu, aku still OTW pergi hospital masa tuu . Sampai hospital je, mama dah menangis datang peluk aku cakap 'angah, adik dah takda' . Dari arwah lepas cabut wayar kat badannya sampaikan dikapankan depan mata aku. Tapi masa mandikan tu aku tak tengok sebab aku tak kuat. Semua tuu still segar dalam ingatan aku :'( Sebab tuu aku phobia bila masuk hospital, confirm 'dupdapdupdap' jantung nie. 

Aku seorang yang boros. Oh yeahh ! Haha aku bukan kaki shopping tapi duit aku selalu jee mengalir macam air terjun kat Gunung ledang tuu . K tetibe -.- Yang selalu aku bazirkan kat duit ialah gadget . Haaa! Aku paling benci bila Samsung ke apa ke launch gadget terbaru confirm aku nak rembat satu. Tapi nasib baik nafsu aku boleh dikawal lagi. Sekarang aku tengah tahan diri aku supaya tak ambik peduli pasal gadget nie. Payahhhnya jangan cakap bhaii ! Lagi satu aku tak boleh tengok wallet penuh dengan duit, confirm gatal tangan nak guna jee. Syaitonnn betul >.< Kalau nak pergi jejalan tuu motivasikan diri bawa berapa yang patut jee :D Mati kering laa laki aku kalau dapat bini macam nie kan , hikhooo ^o^ 

Ok tu serba sedikit fakta tentang akuu . Lagi 7 aku sambung kat blog BEL , hehe :) Penat otak dok translate sana sini . Rerajin kan diri tengok blog aku lagi satu tuu ea. http://fyzabelstory.blogspot.com K ade ke sudi baca ? -.- Entri kali nie macam esei BM pulak >.< Ok selamat hari raya ! Ehh ? Nak sambung study statistik kejap, BYE Assalamualaikum!

THANK YOU SUDI BACA ^____^

1 123 commenterr !:

twinscraftlife berkata...

Hi! 안녕하세요~~! We are Twinscraftlife! we sell
purely handmade products such as pouch,
phone cover, pencil case, and more cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com